13 June 2011

SUKA vs CINTA




1. Dihadapan orang yang kita cinta, hati kita akan berdegup kencang tetapi di depan orang yang kita suka pula hati kita akan gembira.

2. Di depan orang yang kita cinta, musim sentiasa terasa berbunga-bunga. Di depan orang yang kita suka, musim itu cuma terasa berangin sahaja.

3. Jikalau kita lihat di dalam mata orang yang kita cinta, kita akan kaku. tapi jikalau dmelihat mata orang yang kita suka, kita akan tersenyum....

4. Di depan orang yang kita cinta, kita terasa kelu berkata-kata. Berbeza pula keadaan apabila berada di depan orang yang kita suka, kita menjadi bebas untuk berkata-kata.

5. Di depan orang yang kita cinta, kita akan mudah terasa malu. Namun apabila di depan orang yang kita suka, kita akan tunjukkan imej yang sebenar.

6. Kita tidak boleh merenung mata orang yang kita cinta, tetapi kita selalu merenung mata orang yang kita suka.

7. Apabila melihat orang yang kita cinta sedang menangis, kita akan turut sama menangis. Namun bila orang yang kita suka menangis, kita akan cuba sedaya upaya untuk membuatkan dia gembira...

8. Perasaan cinta bermula dari kata. Perasaan suka bermula dari telinga. Jadi jika kita berhenti menyukai seseorang yang kita suka bermakna kita telah membuang sebahagian telinga kita. Tapi jika kita cuba menutup mata cinta, ia akan berubah menjadi titisan airmata.......

so gurlz and guyz fikir-fikirkanlah....

No comments:

Post a Comment