Islamic Life

SOLAT: BACAAN DALAM SOLAT WAJIBKAH BERTAJWID?

Menurut Syiekh Ibn Utsaimin rh bahawa tajwid adalah bab membaikkan suara semasa membaca al-Quran, dan ia bukanlah wajib didalam solat. Jika seseorang itu membaca dengan suara yang baik dan bertajwid ketika bersolat,maka itu adalah baik. Jika dia tidak membaca dengan bertajwid, tidaklah menjadi masalah. Meninggalkan tajwid tidaklah mendatangkan dosa baginya (al-Sharh al-Mumthi', 2/135).

Menurut beliau lagi : bukanlah tajwid sebagaimana yang dikenali sekarang, dimana adanya ghunnah dan maddaad (panjang) dan sebagainya dan bukanlah syarat bagi seseorang itu mencantikkan suara ketika membaca al-Quran (al-Sharh a-Mumthi', 2/112).

Yang penting ialah mahraj atau tempat keluar huruf itu betul dan tidak mengubah-gubah huruf dan makna ayat.

Berikut jawapan al-Fadhil Ustaz Abu Umair :-

SJ-05-0233 : Tajwid : kesalahan dengung perlukah diulang wrote:

Yang membatalkan bacaan ialah: sekiranya meninggalkan huruf, atau meninggalkan tasydid, atau menukar suatu huruf dgn huruf lain.

Manakala LAHAN (kesilapan menutur) dalam Fatihah pula, ada perincian:

-sekiranya kesilapan yg mengubah makna, maka tidak sah bacaan itu. jika sengaja, batal sembahyang. contoh kesilapan mengubah makna: membaca AN'AMTU ALAIHIM. sepatutnya: AN'AMTA ALAIHIM.
-sekiranya kesilapan yg tidak mengubah makna, maka sah bacaan fatihah.

Manakala meninggalkan dengung, atau kurang kadar dengung, perkara ini adalah berkaitan dengan TAJWID. dan kekurangan atau ketiadaan tajwid dalam sembahyang TIDAK MENJEJASKAN sembahyang.

-rujukan: Majmuk Nawawi 3/393
-syarah mumti' 3/63
-Fatwa syeikh Saleh Fauzan
-Fatwa syeikh uthaimin