- SAHABATKU YANG BERGELAR MUSLIMAH..
"wahai wanita solehah, jangan risau akan jodohmu kerana muslimin yang bijaksana itu tidak akan terpaut pada wanita hanya pada kecantikan, lirikan senyuman, pada bicara manja yang mengada-ngada dan pada pujuk rayu seorang wanita yang meruntuhkan imannya.
Sesungguhnya lelaki itu adalah pemimpin kepada wanita.
Andai belum sampai jodohmu,anggaplah bahawa adam yang kau nantikan itu sedang membina sahsiah kepimpinannya bagi memimpin dirimu, kerana pada wanita itu pasti ada kekurangannya dan adam yang benar-benar layak pasti akan hadir untuk melengkapkanmu..."
- Benar, cinta boleh menjadi perkara yang penting dalam hidup insani. Namun begitu, adakah cinta yang kita taburkan itu mengikut lunas-lunas yang haq?
Teliti kalamullah di bawah:
Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: Kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga).Katakanlah (wahai Muhammad): Mahukah supaya aku khabarkan kepada kamu akan yang lebih baik daripada semuanya itu? Iaitu bagi orang-orang yang bertakwa disediakan di sisi Tuhan mereka beberapa Syurga, yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya. Disediakan juga (pasangan-pasangan) isteri-isteri yang suci bersih, serta (beroleh pula) keredaan dari Allah dan (ingatlah), Allah sentiasa Melihat akan hamba-hambaNya.
Surah Ali Imran(3:14-15)
Lihat, dunia memang dijadikan indah buat insan, namun, masih ada keindahan yang lebih baik buat kita iaitu syurga yang telah Allah janjikan.
Katakanlah (wahai Muhammad): Jika bapa-bapa kamu dan anak-anak kamu dan saudara-saudara kamu dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu dan kaum keluarga kamu dan harta benda yang kamu usahakan dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk agamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka).
Surah At Taubah (9:24)
Manakala, ayat yang kedua ini pula menerangkan balasan Allah (azab seksa) yang dijanjikan akibat kecintaan duniawi itu melebihi kecintaan kepada Allah.
Maka, fikir-fikirkanlah...
kita mempunyai pilihan untuk mencintai mana-mana yang kita suka, namun, Allah telah menerangkan dengan jelas dalam firman-firman-Nya tentang cinta yang lebih baik, yang lebih patut kita utamakan. Maka, buatlah pilihan yang terbaik, agar kesejahteraan ukhrawi itu menjadi milik kita semua. Insya-Allah.
gadaikan dunia untuk kebaikan berganda di akhirat.
Teruskan berusaha untuk menjadi ummat cemerlang.
- Takdir Manusia.
Nabi SAW bersabda yang bermaksud:“Sesungguhnya Allah telah menugaskan satu malaikat berhubung peringkat kejadian anak dalam kandungan rahim ibunya dan keadaan akan dilalui, apabila air benih itu jatuh ke dalam rahim, malaikat bertanya: “Ya Tuhanku! Air benih ini akan disempurnakan kejadiannya atau tidak? Ya Tuhanku! Darah seketul ini akan disempurnakan kejadiannya atau tidak? Ya Tuhanku! Daging segumpal ini akan disempurnakan kejadiannya atau tidak? Maka apabila Allah hendak sempurnakan jadinya seseorang anak, malaikat bertanya lagi: Ya Tuhanku! Adakah ia seorang (yang bernasib) celaka atau (yang bernasib) bahagia? Lelakikah atau perempuan? Bagaimana pula keadaan rezekinya dan ajalnya? (Selepas malaikat mendapat jawabnya) maka ia menulis seperti diperintahkan sedang anak itu dalam perut ibunya.”(Hadis Riwayat Anas r.a)
Sebagai seorang yang beragama Islam, kita wajib mempercayai dan bersyukur terhadap kurniaan Allah. Ini kerana beriman kepada qada dan qadar merupakan rukun iman yang ke-6 dan menyangkalnya boleh mengakibatkan terbatalnya iman kita.
Sesungguhnya takdir manusia telah ditentukan sedang ia masih di dalam kandungan ibunya. Namun ini bukan alasan untuk umat Islam hanya berpeluk tubuh tanpa berusaha dan berdoa. Sebaliknya umat Islam harus menggunakan alasan ini untuk lebih kuat berusaha dan berdoa dalam mengecapi kejayaan dan kebahagiaan di dunia dan akhirat.
- Jangan Berhenti Berdoa.
Dari Abu Hurairah r.a bahawa Nabi SAW telah bersabda : “Allah sentiasa memperkenankan doa seorang hamba selama doa itu tidak mengandungi (perkara) dosa, (perkara yang) memutuskan silaturrahim dan selama tidak meminta supaya cepat-cepat diperkenankan”. Lalu Baginda ditanya oleh seseorang : “Apa maksudnya meminta dicepatkan?” Jawab baginda : “Umpamanya seseorang itu berkata dalam doanya : “Aku telah berdoa, aku telah berdoa tetapi aku belum melihat doaku diperkenankan. Lalu aku putus asa dan berhenti berdoa”. (Riwayat Muslim)
Betulkah setiap doa akan dikabulkan oleh Allah? Mungkin ada antara kita yang telah berdoa sesuatu namun tidak merasakan hasilnya. Selaku hamba, kita harus menyedari bahawa kita tidak berhak memaksa Allah kerana kitalah yang berhajatkan sesuatu bukan sebaliknya. Sesungguhnya Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk kita atau mungkin Allah mempunyai ketentuan lain yang tidak kita ketahui. Mungkin juga doa kita bukan tidak dikabulkan tetapi ditunda waktunya atau diganti dengan yang lebih baik.
Nabi Zakaria a.s adalah contoh manusia yang sangat kuat nilai kesabarannya. Baginda telah puluhan tahun berdoa agar dikurniakan zuriat namun belum dikabulkan Allah. Antara isi doa baginda ialah : “Ya Tuhanku, sesungguhnya tulangku telah lemah dan kepalaku telah ditumbuhi uban, dan aku belum pernah kecewa dalam berdoa kepada Engkau, ya Tuhanku; (Surah Maryam : Ayat 4). Sehingga pada akhirnya Allah SWT memakbulkan permintaan baginda dengan mengurniakan seorang anak lelaki bernama Yahya. Begitulah sikap yang seharusnya kita contohi iaitu jangan sekali-kali kecewa dalam berdoa.
- SAHABATKU....manusia yang berjaya ialah yang mempunyai MINDA YANG BESAR..yang menjadikan MASALAH sebagai CABARAN..jadi kita kena besarkan minda kita...lihat perkara2 positif n jadikanlah MASALAH itu sebagai CABARAN KEHIDUPAN..
Tangani cabaran dgn sikap yang positif...
Sementara orang yang gagal ialah yang
MENGECILKAN MINDA dan fokus kepada masalah..melihat dari dimensi yang negatif n sentiasa menyalahkan takdir, n orang2 di sekeliling mrk..
kehidupan kita hari ini adalah kesan dari pemikiran kita 10 tahun lalu..
maka BINA PEMIKIRAN YANG POSITIF BERMULA HARI INI UTK KEHIDUPAN YANG YANG LEBIH BAIK , BAHAGIA, BERJAYA
InsyaAllah hasilnya akan kita lihat 10 tahun dari skrg...